Friday, December 19, 2008

Doner Kebab


Mungkin tak banyak orang yang suka rasa kebab tapi mungkin ini kerana mereka belum jumpa dengan kehebatan rasa kebab yang sebenar.

Rasanya di Malaysia, ramai yang kenal kebab yang ada di pasar malam atau depan masjid pada hari jumaat sahaja. Tetapi kebab-kebab ini bukanlah jenis kebab yang autentik seperti yang dijual oleh orang arab/pakistan/turkey dll yang seantaro dengannya.

Jenis kebab di pasar malam kita sebenarnya daging burger atau daging cincang yang di tampal pada skewer dan dipanggang. Manakala kebab yang dijual orang arab dibuat dari daging dipanggang sebenarnya, bukannnya daging cincang ataupun daging burger. Itu sebabnya rasa kebab pasar malam jelas kurangnya.

Nasib baiklah ada satu gerai kebab ni di Jalan Tengku Abdul Rahman (Jln TAR) yang masih menjual kebab yang autentik. Ianya dah lama dibuka. Seingat saya semasa habis SPM dulu ianya telah dibuka dan ini ialah lebih dari 15 tahun lalu. Gerai ini terletak di antara Kamdar dan restoren Bilal. Ianya gerai kecik saja. Waktu perniagaan mula waktu makan tengahari pukul 1 lebih kurang.

Kebab disini bukan saja enak. Isi nya banyak daging panggang yang di potong halus serta sayur-sayuran cincang seperti tomato dan bawang. Sos nya pun enak dan berbagai. Bila makan panas-panas rasanya emmm sedapnya tak terkira. Hingga kini saya masih teringat akan keenakannya.

Tapi sedih juga bila tengok setelah sekian lama gerai yang jual makanan enak begini masih seperti dulu keadaannnya., Kalaulah ada pihak seperti MARA atau Prosper dapat memberi bantuan supaya perniagaan bumiputera yang hebat begini dapat di besar dan dikembangkan alangkah bagusnya. Kalau ia di uruskan dengan baik tak mustahil kita dapat jadikan ia francais Kebab Malaysia yang hebat. Ya, saya pernah makan satu francais kebab di Malaysia yang agak famous juga satu masa dulu tapi rasanya tak dapat menandingi kehebatan kebab di gerai ini walaupun harganya lebih mahal.

Jadi apa lagi, kalau anda berada di Jalan Tar waktu tengahari jangan lupa cuba kebab di gerai ini. Tapi sabar... anda mungkin kena tunggu sebentar fasal quenya panjang. Almaklum benda sedap banyaklah peminatnya.

Thursday, December 11, 2008

Tom Yam Emmm....,Sedapnya


Malam tu hujan lagi, sejuknya sampai ke tulang.

Sejuk-sejuk begini selalunya buat perut rasa lapar. Tapi nak makan apa ye.
Hari-hari makan kedai mamak boring juga. Lagipun duit gaji baru masuk minggu lepas, so rasa macam nak makan something special.

Tiba-tiba kawan telefon ajak makan. Pucak dicita ulam mendatang. Memang kita lapar pun.
Kawan kata tempat makan ni sedap.

Kami pun berangkatla pergi ke restoren ni di Taman Dato' Harun kat Jalan Kelang Lama. Kedainya tepi simpang jalan nak masuk betul-betul tepi highway. Nampak kedai kemas dan bersih konsep kopitiam gitu.

Makanannya muslim chinese food. Kita tak biasa makan chinese food tapi malam tu kawan order tomyam, stim ikan nyonya dan sayur kangkong goreng belacan. Emmm sedapnya makan. Rasa macam makan kat hotel lima bintang je. Tetapi harganya tak la mahal sangat cam kat hotel.

So kami pun janji nak datang ke Restoren SS ni fasal makanan dan minuman nya sedap-sedap atmosfere dia pun tenang, relax dan selesa cukup sesuai untuk enjoy makan dan santai-santai. Sebelum makanan sampai, kacang goreng dihidangkan sambil tengok tv dapatlah hilangkan rasa tension keja dipejabat.